fbpx

Lisa Blackpink bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

KERESAHAN peminat selepas Lisa dijangkiti Covid-19 baru-baru ini akhirnya terlerai selepas penyanyi itu disahkan sembuh oleh agensinya.

Menurut YG Entertainment, penyanyi kelahiran Thailand itu kini sudah selesai menjalani kuarantin.

Lisa mengejutkan ramai peminat di seluruh dunia apabila dijangkiti wabak berkenaan pada 24 November lalu.

Bagaimanapun, pada ketika itu, dia tidak mengalami sebarang simptom membimbangkan.

“Kami ingin memaklumkan bahawa anggota Blackpink iaitu Lisa disahkan sudah bebas daripada jangkitan Covid-19.

“Staf kesihatan mengesahkan Lisa yang menjalani kuarantin di rumah tidak berisiko menyebarkan virus kepada orang lain. Justeru, Lisa menamatkan kuarantin pada hari ini (Sabtu) pukul 12 tengah hari,” kata agensi tersebut.

Pemberitahuan tersebut jelas melegakan ramai peminat penyanyi lagu Money itu yang akhirnya menerima berita baik tentang keadaan kesihatannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI