fbpx

Pengantin sedih dituduh tidak ‘diet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh pengantin perempuan yang meluahkan perasaan sedihnya dengan kata-kata hinaan netizen.

PETALING JAYA – Sepasang pengantin baharu yang diraikan dengan budaya suku Banjar apabila mereka digendong oleh dua orang lelaki gagah (keluarga) menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh @YATIEEE di laman TikTok miliknya telah menerima pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang memberi komen hinaan disebabkan saiz badan yang besar.

Antara kata hinaan yang diterima adalah kenapa tidak menjaga makan sebelum kahwin supaya tidak menyusahkan orang lain dan ukur baju di badan sendiri jika nak raikan ikut budaya agar tidak malu kemudian hari.

Susulan dari kecaman yang diterima di ruang komen TikTok, pengantin perempuan itu telah memuat naik satu lagi video dengan berkongsi perasaannya yang sedih apabila saiz badan dia dan suami menjadi bahan lawak serta hinaan netizen.

Walau bagaimanapun, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang kurang selesa dengan apa yang dikongsikan.

“Saya maafkan mereka semua. Biasalah orang hanya nampak buruk kita dan tidak tahu apa yang kita lalui sendiri.

“Pada awalnya saya juga tidak mahu diraikan dalam suasana seperti itu, tetapi atas permintaan keluarga dan saudara-mara, kami ikutkan sahaja,” katanya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan perkahwinan yang dibina.

“Selamat pengantin baru adik, pedulikan apa orang kata, asalkan majlis berjalan dengan lancar dan semoga kekal hingga ke syurga,” kata @BeautyQuin.

“Tak apa, jangan bersedih. Tak perlu peduli kata-kata negatif, Saya doakan awak bahagian dunia kahirat bersama pasangan,” kata @Hawa Mastura. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI