fbpx

Sorok mercun bersama bungkusan mi segera, teh seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mercun yang dirampas PGA dalam sebuah lori di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PGA

PASIR MAS – Taktik licik penyeludup yang menyembunyikan 70 guni dan 23 kotak pelbagai jenis mercun bersama mi segera serta serbuk teh dari Thailand gagal apabila Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menghidu kegiatan itu dalam sebuah lori di Kampung Banggol Chicha di sini semalam.

Batalion 7 PGA dan Batalion 8 mengesan sebuah lori di berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan semak kira-kira pukul 10 malam.

Pemangku Pegawai Pemerintah Medan PGA, Deputi Superintendan Ramesh Krisnan berkata, anggota PGA yang bertugas menghampiri lori tersebut dan mendapati seorang lelaki berusia 36 tahun sedang menyusun beberapa buah kotak di bahagian belakang kenderaan itu.

Menurutnya, anggota PGA turut mendapati seorang wanita berusia 40 tahun berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan.

“Pemeriksaan di bahagian belakang lori itu telah menjumpai guni dan kotak berwarna coklat yang mengandungi pelbagai jenis mercun.

“Kesemua mercun itu disembunyikan bersama 3,240 bungkus mi segara dan 40 kotak serbuk teh Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramesh yang juga Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 memberitahu, anggaran keseluruhan rampasan termasuk lori itu dianggarkan berjumlah RM329,860.

Ujarnya, kesemua rampasan dan suspek dibawa kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seskyen 4 (1) Akta Makanan 1983. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI