fbpx

‘Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video di laman TikTok yang dikongsi Eyka.

PETALING JAYA – Hati mana tidak tersentak apabila orang tersayang yang gagal dihubungi sejak beberapa hari rupanya telah meninggal dunia.

Kejadian menyayat hati itu berlaku ke atas seorang wanita dikenali Eyka apabila bakal tunangnya yang tidak sedarkan diri selepas perlawanan badminton kemudiannya meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok @babysayangawak, salah seorang ahli keluarga teman lelaki Eyka telah menelefonnya untuk memaklumkan khabar duka tersebut.

Dalam perbualan itu, ahli keluarga memaklumkan bahawa teman lelaki Eyka dikenali sebagai Ipit telah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan badminton.

“Ipit dah tiada, dia telah meninggal dunia selepas bermain badminton. Tetapi jenazah masih lagi kat hospital kerana kami masih tunggu keputusan ujian swab dari pihak hospital.

“Kalau awak nak datang melawat arwah sempat lagi sebab keputusan ujian swab tu akan keluar dalam tempoh 72 jam,” kata seorang wanita dipercayai kakak Ipit.

Dalam perbualan itu juga, wanita berkenaan memaklumkan bahawa Ipit telah memberitahu keluarganya untuk masuk meminang Eyka.

Pada masa sama, dalam klip video berkenaan, kelihatan Eyka yang berasal dari Kelantan sempat melawat keluarga dan kubur bakal tunangnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna turut berkongsi rasa sedih dengan kejadian yang menimpa wanita terbabit.

“Tabahlah dik, ujian berat buat kamu, tapi Allah lebih menyayangi Ipit kamu, salam takziah dik,” tulis Hana Johari.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ayu Farisya.

“Semoga adik tabah, bukan semua orang mampu menahan ujian berat ini. Saya doakan adik bertemu jodoh sebaik Ipit nanti,” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI