fbpx

Lebuh raya Pan Borneo Jajaran Serian dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika merasmikan pembukaan Lebuh raya Pan Borneo Jajaran Seksyen Kerian tadi

SERIAN-Penduduk di sekitar Serian, Sarawak disifatkan bakal menikmati limpahan kemajuan ekonomi apabila Projek Lebuh raya Pan Borneo Sarawak Jajaran Serian Pakej Kerja 03 dibuka secara rasmi hari ini.

Perasmian pembukaan jajaran lebuh raya itu yang melibatkan laluan sepanjang 33.65 kilometer (km) dengan anggaran kos sebanyak RM700 juta disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, Projek Lebuh raya Pan Borneo merupakan hasil perancangan rapi dan holistik antara kerajan Persekutuan dan Negeri melalui Highway Development Planning (HNDP).

“Pelaksanaan projek tersebut merupakan bukti komitmen kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian jalan raya sedia ada secara lebih terancang, sistematik serta efisien, ia dilakukan bagi meningkatkan hubungan Keluarga Malaysia di Sarawak.

“Keadaan itu secara langsung dapat memastikan pembangunan sosio ekonomi dilaksanakan lebih baik seterusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Sarawak selari dengan hala tuju Rancangan Malaysia ke-12,” katanya di sini sebentar tadi.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada masa sama, Ismail Sabri menjelaskan pembinaan projek lebuh raya itu terpaksa dihentikan selama 22 bulan berikutan pertukaran kerajaan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Kalau tidak berlaku pertukaran (kerajaan), pasti akan diteruskan, kerajaan pusat melihat perkara itu penting untuk rakyat Sarawak bagi memudahkan perjalanan serta meningkatkan ekonomi.

“Banyak yang kita sudah rancang antara kerajaan Pusat dan Negeri bagi memudahkan rakyat Sarawak, kesemua perancangan ini mudah dilakukan kerana hubungan rapat antara kedua-dua pihak,” jelasnya.

Pembinaan Jajaran Serian pada tahun 2016 merangkumi naik taraf jalan raya sedia ada daripada Bulatan Serian ke Simpang Pantu sepanjang 75 km dan projek tersebut telah disiapkan sepenuhnya semalam.

Skop pembinaan jajaran itu melibatkan kerja-kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan sedia ada, pembinaan
empat jambatan, 47 hentian bas, 19 pusingan P, tujuh jejantas pejalan kaki dan dua persimpangan bertingkat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI