fbpx

Agong, pemaisuri zahir ucapan takziah buat keluarga Sabbaruddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang dimuat naik di laman Facebook.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Menerusi kenyataan Istana Negara di laman Facebook, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarganya sabar serta tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara,” katanya di laman Facebook hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Sabbaruddin semasa hayatnya pernah memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1996.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh dan memegang kerusi tersebut dari tahun 1982 hingga 1999.

Selain itu, beliau juga seorang yang amat arif dan berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan dunia korporat.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI