fbpx

Remaja maut terkejut disergah ‘hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham diuruskan Unit Khas Van Jenazah Melaka dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka kelmarin.

BENTONG – Seorang remaja maut akibat serangan jantung selepas masuk ke sebuah rumah hantu di pusat peranginan di sini Rabu lalu.

Difahamkan dalam kejadian berkenaan mangsa yang berusia 16 tahun datang ke pusat pe­ranginan berkenaan untuk bercuti bersama keluarga.

Difahamkan mangsa yang memasuki sebuah rumah hantu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri selepas terkejut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke kediamannya di Melaka.

Ujarnya, berdasarkan bedah siasat mendapati mangsa menghadapi masalah jantung berlubang.

Sebelum in, tular satu rakaman video memaparkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengalami serangan jantung dan meninggal dunia semasa berada di dalam rumah hantu di Bentong itu.

Arwah dikatakan pergi ke pusat peranginan itu bersama keluarga rakan baiknya untuk bercuti.

Mangsa bagaimanapun terkejut melihat ‘hantu’ sebelum ter­kena serangan jantung.

Video berdurasi dua minit 54 saat yang dikongsikan @mrwanchai di laman Facebook menunjukkan situasi rakan meminta mangsa menarik nafas, namun remaja itu kelihatan semakin lemah.

Keluarga dan perakam video itu kelihatan membawa mangsa ke kawasan terbuka.

Sementara itu, jurucakap Unit Khas Van Jenazah Melaka berkata, pihaknya telah dihubungi bapa mangsa bagi meminta bantuan membawa jenazah ke Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI