SIAPA yang tak kenal dengan usahawan popular, sensasi dan kaya raya, Datuk Seri Vida.
Vida memang terkenal dengan gaya hidup mewah yang selalu dipertontonkan kepada pengikutnya dalam laman sosial.
Terbaharu, Vida ada berkongsi sedutan sebuah video dengan satu kenyataan sehingga membuatkan segelintir pengikutnya ‘panas hati’.
Mana tidaknya, ibu kepada Cik B dan Kacak itu bermalam di sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur dengan harga RM50,000 untuk satu malam!
Bila Diva dengar harganya, rasa macam kena serangan jantung. Iyalah, kos penginapan di hotel tersebut sama seperti harga kereta Perodua Myvi yang Diva guna sekarang.
Rata-rata netizen macam kurang senang apabila Vida seolah-olah sengaja mempamerkan kekayaannya dengan cara begitu.
Malah tidak kurang juga netizen berkongsi kisah susah mereka yang diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Biarlah. Vida guna duit dia, kenapa pula netizen nak panas hati ya? Moga masing-masing dimurahkan rezeki seperti Vida suatu hari nanti.
DIVA: Selamat pengantin baharu buat Datuk Nora Ariffin dan juga suaminya, Dr. Rushdi Ramli. Semoga bahagia sampai syurga hendaknya.