fbpx

Makin sepi, Iqbal takut dikeji lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Iqbal, dia sudah serik menjadi bahan kejian netizen kerana disalah sangka gemar menunjuk-nunjuk kemewahan.

SEBUT sahaja nama Iqbal Zulkefli, automatik teringat kisah cinta terputus di tengah jalan bersama Datuk Seri Vida.

Memang kalah plot drama sinetron jika dikenangkan semula. Termasuklah ketika dia dihentam kerana terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki seperti jam tangan mewah dan momen membaling duit kertas RM50.

Sekarang Diva tengok Iqbal sudah sedikit sepi dengan cerita panas dan memilih untuk mengasingkan diri daripada mencetuskan publisiti murahan.

Mana tidaknya, apabila netizen nak lihat koleksi jam tangan dimilikinya, dia enggan tunjuk. Katanya, takut dikeji lagi.

“Maafkan saya, jika tunjuk pun akan dikeji ramai walaupun niat hanya ingin berkongsi pengalaman seperti yang dilakukan sebelum ini. Saya serik,” balasnya kepada seorang netizen.

Sepertinya Iqbal sudah belajar daripada kesilapan. Semoga temui ketenangan di Indonesia ya.

DIVA: Risau pula dengan kewujudan varian terbaharu, Omicron. Banyak bisnes yang baru nak bernafas semula. Paling penting, Hari Raya jangan tak boleh balik kampung pula!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI