PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan di negeri Selangor, Perak dan Sabah petang ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam.
“Di negeri Perak, kawasan yang terlibat adalah Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Selangor hanya membabitkan kawasan di Hulu Selangor,” katanya.
Sementara itu,amaran yang sama turut dikeluarkan bagi negeri Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tanom dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna)
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang laluan perjalanan dan terus berwaspada dengan sebarang perubahan cuaca.-K!ONLINE.