WALAUPUN dunia sudah moden, namun masih terdapat segelintir yang berfikiran cetek apabila tidak menghormati cara wanita dari negara lain berpantang dan terus mengecam tanpa melakukan usul periksa.
Itu yang berlaku kepada pasangan pensohor media sosial iaitu Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam yang berasal dari Korea Selatan.
Mungkin merasakan kecaman terhadap Maryam tidak seharusnya berlaku, Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu berpantang.
Katanya yang kini sedang sarat hamil, Maryam tidak patut dipaksa berpantang mengikut budaya Melayu memandangkan dia bukan berasal dari negara ini.
“Dia berasal dari Korea. Mana boleh dipaksa adat kita, yang penting tubuh badan sihat. Tahulah mereka jaga diri, insya-Allah,” tulisnya dalam Twitter.
Betul juga apa yang Ernie cakap. Setiap orang lain caranya.
DIVA: Sudah bosan dan muak dengar cerita tentang Tauke. Cukup-cukuplah buat kontroversi murahan sebegitu.