fbpx

Wanita maut, 2 anak saudara cedera kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAPAH – Seorang wanita maut manakala dua anak saudaranya cedera apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu mengorbankan Asmawati Hashim, 57, yang meninggal dunia pada pukul 12.24 tengah hari di Hospital Slim River.

Anak saudara Asmawati berusia 24 tahun yang memandu Perodua Bezza dan adik perempuannya berusia 14 tahun cedera dan luka di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke Rawang untuk menziarahi ahli keluarga yang terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan tersebut membabitkan kereta dinaiki mangsa dan sebuah kereta jenis BMW dipandu lelaki berusia 63 tahun.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu wanita berusia 24 tahun itu telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mewah yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Manjung.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI