fbpx

Mayat kanak-kanak reput, berbau ditemui tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan bomba mengangkat mayat kanak-kanak yang ditemui di tepi sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Sesa Makmur, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut, reput dan berbau busuk di kawasan semak sebuah sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam pada pukul 10.43 pagi.

Katanya, seramai enam anggota diketuai Komander Operasi dari BBP Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azharin Abd. Aziz dan sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Mayat kanak-kanak itu ditemui tidak berpakaian. Jantinanya tidak dapat dikenal pasti kerana mayatnya sudah reput, namun dianggarkan berusia tiga tahun.

“Sebahagian tubuh mangsa mungkin sudah dimakan haiwan, sama ada ikan atau biawak kerana rambutnya sudah tiada, belakang tengkorak pula pecah dan otaknya sudah tiada.

“Berdasarkan siasatan awal, kita menjangkakan mangsa sudah mati sejak dua atau tiga hari lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI