fbpx

Kerajaan pertimbang bawa masuk 10,000 tan ayam sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempertimbangkan kebenaran import ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan bagi tempoh Disember ini hingga Februari 2022.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, kebenaran mengimport ayam bulat sejuk beku itu adalah bagi menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran bermula bulan ini.

Menurutnya, langkah intervensi itu dibuat selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini sekali gus memastikan bekalan ayam dalam pasaran sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dan berpatutan.

“Kekurangan bekalan ayam ini antara lain disebabkan berlakunya peningkatan permintaan yang mendadak berikutan pembukaan semula sektor ekonomi, terutamanya hotel, restoran dan katering bermula Oktober lalu.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan negara berhadapan dengan kekurangan bekalan ayam dalam pasaran secara purata sebanyak 18 peratus bagi Oktober serta November lalu dan keadaan sama akan berlarutan pada bulan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MAFI, keperluan ayam dalam negara adalah 3,762 tan metrik (2.09 juta ekor) sehari atau 113,220 tan metrik (62.9 juta ekor) sebulan dan keadaan itu menyebabkan kenaikan harga ayam mencecah sehingga RM10 satu kilogram (kg) di pasar basah dan pasaraya.

Ujarnya lagi, syarikat yang berhasrat untuk mengimport perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai kemudahan penyimpanan sejuk beku. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI