fbpx

‘Bukan wang ringgit jadi ukuran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADDROL (kiri) menegaskan perpindahannya ke Sabah FC musim depan bukan disebabkan kewangan atau isu tunggakan gaji yang melanda skuad Helang Merah musim lepas.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

PERPINDAHAN kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar ke Sabah FC musim depan bukan didorong faktor wang atau isu tunggakan gaji yang melanda skuad Helang Merah musim lepas.

Pemain yang dianggap ‘bintang legenda Kedah’ itu me­negaskan, penghijrahannya selepas 16 tahun berbakti dengan Kedah langsung tiada
kaitan dengan dua perkara tersebut.

“Bukan wang ringgit jadi ukuran, bukan isu tunggakan gaji membuatkan saya berpindah .

“Biarlah saya saja tahu apa yang terpendam di dalam hati,” katanya dalam status dimuat naik di Facebooknya semalam.

Perpindahan beberapa pemain utama KDA FC ke pasukan lain musim depan menimbulkan persoalan dalam
kalangan peminat skuad Helang Merah.

Di media sosial, ada dalam kalangan penyokong yang me­ngaitkan perkara tersebut de­ngan isu tunggakan gaji melanda pasukan sebelum ini.

Terdahulu menerusi status berkenaan, Baddrol turut me­ngucapkan terima kasih kepada para penyokong kerana memberikannya kenangan sepanjang 16 tahun bersama Kedah.

“Saya akui, pada awal musim saya terima kritikan hebat hingga segelintir penyokong mahu saya keluar dari Kedah.

“Alhamdulillah, Kedah ke Piala AFC, jadi tiba masanya saya undur diri dan memberi laluan kepada pemain-pemain muda untuk menyambung legasi di Kedah.
Baddrol berkata, Kedah akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hatinya.

“Jatuh bangun saya bersama Kedah, Kedah tetap di hati saya. Doakan terbaik untuk semua.

“Terima kasih Kedah untuk 16 tahun bersama. Terima kasih penyokong, pengurusan dan rakan seperjuangan di Kedah ke­rana tanpa anda, tiadalah saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI