fbpx

Sherman dalam radar Sang Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERMAN masih belum memberi kata putus sama ada akan berhijrah ke Terengganu atau sebaliknya, namun bergantung kepada tawaran kontrak yang diberikan.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) sudah memulakan langkah untuk memancing penyerang prolifik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kpah Sherman bagi mempertajamkan lagi jentera serangan musim depan.

Difahamkan, perbincangan awal dengan pemain kebangsaan Liberia itu sudah dilakukan sebaik TFC dan KDA FC menamatkan saingan Piala Malaysia.

Sumber rapat TFC membe­ritahu, berdasarkan perbinca­ngan awal, Sherman, 29, telah menyatakan minat untuk me­nyarung jersi TFC musim depan.

“Begitupun, kata putus masih belum dimuktamadkan. Isu berkaitan kontak ditawarkan termasuk struktur gaji masih dirundingkan.

“Sekiranya rundingan berjalan lancar, Sherman akan menjadi sebahagian pemain baharu yang akan dibawa masuk bagi memperkuatkan TFC musim depan,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Sherman mula membuat penampilan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2017 bersama pasukan MISC-MIFA sebelum berhijrah ke PKNS FC pada penghujung 2018.

Reputasi selaku peledak gol mendorong TFC mahu ‘meman­cing’ pemain itu sebaik musim 2019 berakhir, namun jodoh tidak kesampaian apabila Sherman memilih haluan bersama Kedah.

Pada saingan Liga Super musim ini, Sherman menjaringkan 13 gol dalam 17 penampilan bagi membantu skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak muncul sebagai naib juara, sekali gus menempah slot ke Piala AFC pada musim hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI