fbpx

Drama cemas suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video menunjukkan kaki mangsa terkeluar dari kenderaan selepas dipercayai ditolak suaminya ketika bergaduh di Jalan Megazine, George Town kelmarin.

GEORGE TOWN – Orang ramai yang melalui Jalan Megazine di sini malam kelmarin, terkejut melihat seorang wanita meronta-ronta hingga hampir terjatuh dari sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang sedang bergerak.

Keadaan mencemaskan itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya yang menyangka kejadian tersebut bermotifkan penculikan.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mang­sa yang memakai seluar berwarna hitam dan berbaju-T putih hampir terjatuh beberapa kali dari kereta tersebut.

‘Drama’ selama lebih dua minit yang berlanjutan hingga ke Jalan Dr. Lim Chwee itu bagaimanapun disahkan polis sebagai kes pergaduhan sepasang suami isteri bukannya culik.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu, suspek berusia 31 bergaduh dengan isterinya, seorang pekerja kilang semasa melalui Jalan Megazine.

“Pergaduhan itu menyebabkan pintu penumpang hadapan terbuka dan mangsa hampir terjatuh.

“Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannnya sebelum menyambung semula pemanduan dan berhenti sekali lagi lalu menolak mangsa keluar dari kereta,” katanya.

Lelaki itu kemudian memecut kenderaannya meninggalkan mangsa di lokasi tersebut.

Tangkap layar rakaman video mangsa terjatuh selepas ditolak dari kereta di Jalan Dr. Lim Chwee Leong, George Town kelmarin.

 

Ibu anak satu berusia 26 tahun itu meminta pertolongan pengguna jalan raya sebelum dibantu orang awam berdekatan persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Tun Dr. Lim Ching Eu.

Mangsa membuat laporan polis pada pukul 10 malam.

Jarak lokasi pasangan itu bergaduh ke tempat mangsa ditinggalkan adalah satu kilometer.

Difahamkan, drama pergaduhan suami isteri itu disaksikan anak lelaki mereka berusia lima tahun yang berada di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa cedera di muka dan mulut akibat dipukul suaminya sebelum ditolak dari kereta itu,” katanya.

 

Mangsa berlari mendapatkan pertolongan orang awam selepas ditolak suaminya dari kereta di Jalan Dr. Lim Chwee Leong, George Town kelmarin.

 

Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek yang juga penganggur pada pukul 12 te­ngah malam di Jalan Patani. Kereta yang dipandu suspek turut dirampas.

“Siasatan mendapati punca pergaduhan adalah berkaitan masalah keluarga.

“Lelaki itu yang memiliki satu rekod jenayah kes dadah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Kes tersebut siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1997.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI