SHAH ALAM – Program Berani Bina Bisnes Berjaya 2022 (BBBB2022) anjuran RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) pada Februari depan menjadi medan buat bangsa usahawan agar tampil lebih berani dalam menjalankan perniagaan masing-masing.
Sebagai gimik pelancaran program itu, syarikat latihan dan keusahawanan terbesar di Malaysia tersebut melakukan terjunan udara setinggi 13,000 kaki (3,962 meter) bertempat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa lalu.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, terjunan itu diadakan bagi membangkitkan semangat pihaknya agar lebih berani membimbing lebih ramai usahawan supaya terus maju dalam bisnes masing-masing.
“Walaupun gayat, namun saya memberanikan diri berdepan perasaan takut itu dan mampu mengatasinya.
“Terjunan ini membawa objektif bahawa proses membina bisnes berjaya dengan mempunyai kepercayaan kepada setiap pengajar atau mentor yang berpengalaman selain berkepakaran bagi memastikan ia sampai ke destinasi yang ingin dituju,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Selain Radz, terjunan udara yang diketuai Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat turut disertai Pengarah Eksekutifnya, Hasnita Ahmad, Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya dan Pengurus Pembangunan Bahan Kandungan, Nik Zuriel Nik Ramlan.
Rombongan RichWorks yang berada di UAE turut mengunjungi Expo 2020 Dubai bagi menimba ilmu dan mempelajari perubahan teknologi dunia seiring perkembangan revolusi teknologi yang memerlukan inovasi.
RichWorks yang bertapak sejak 2008 kini telah membantu lebih 1.5 juta orang melalui program-program yang dijalankan dan usaha itu digiatkan lagi menerusi BBBB2022 yang dijadual pada 25 hingga 27 Februari 2022.
Pada masa sama, Program Inner Circle Meeting (ICM) Titan Premier yang dikendalikan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman turut membimbing seramai 46 usahawan bagi memupuk mentaliti menjadi jutawan selain mewujudkan masa depan yang lebih baik.
“Dalam perniagaan, mereka yang ingin menceburi dan berjaya perlu mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dalam menghadapi cabaran yang dilalui.
“Kami mahu menyediakan peserta dengan pemikiran dan sikap sebagai usahawan yang mempunyai keinginan tinggi serta berani untuk berubah bukan sahaja untuk kemajuan diri malah keluarga,” ujarnya.
Setiap peserta turut berpeluang menangi hadiah percutian ke Dubai, Langkawi dan Kuala Lumpur menerusi #BeraniChallenge.
Peserta perlu merakam video cabaran paling berani berdurasi 15 saat hingga satu minit dan membuat perkongsian di Instagram atau TikTok berserta tag @richworks_official dan tanda pagar #beranichallenge.
Lima pasangan yang memenangi hadiah pertama layak mendapat percutian 5 hari 4 malam ke Dubai bernilai RM10,000.
Tempat kedua pula percutian 3 hari 2 malam ke Langkawi bernilai RM3,500 untuk 3 pasangan dan 2 hari 1 malam di Hotel InterContinental Kuala Lumpur bernilai RM 2,000 untuk 2 pasangan bagi tempat ketiga.
Maklumat lanjut mengenai program itu boleh didapati dengan melayari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com.