DUNIA hiburan Korea Selatan hangat memperkatakan mengenai hubungan cinta antara penyanyi Son Dam-bi dan kekasihnya Lee Kyu-hyuk.
Dam-bi dikatakan sudah lama mengenali hati budi sebelum menjalin hubungan cinta dengan selebriti yang juga bekas atlet luncur negara itu.
“Memang benar Dam-bi bercinta dengan Kyu-hyuk, bekas atlet kebangsaan luncur laju,” tulis agensinya.
Dam-bi yang memulakan karier sebagai penyanyi solo popular dengan lagu Crazy dan Saturday Night sebelum mengubah haluan sebagai pelakon.
Dia pernah membintangi drama Mrs. Cops 2 dan When The Camellia Blooms.
Sementara Kyu-hyuk pula pernah memegang rekod empat kali kemenangan di kejohanan dunia selain menyertai Olimpik sebanyak enam kali.