fbpx

Pengantin menari romantis, tidak sedar gaun terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin ini sedang menari dan tidak menyedari gaun yang dipakai pengantin perempuan telah terbakar. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan yang sedang menari romantis bersama si  suami dalam majlis persandingan mereka  tidak menyedari bahawa gaun yang dipakainya  terbakar, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video kejadian itu yang dikongsikan menerusi akaun TikTok milik @ginnnnael menunjukkan sepasang pengantin sedang menari di atas pelamin.

Namun, gaun pengantin yang kembang itu kemudian dilihat terkena percikan api daripada bunga api yang diletakkan dalam dewan tersebut.

Pengantin itu bagaimanapun masih belum menyedari gaunnya sudah disambar api dan terus melambai ke arah para tetamu.

Mujur, seorang kru perancang perkahwinan melihat kejadian itu dan terus menghampiri kedua mempelai untuk memadamkan api.

“Detik-detik gaun terbakar,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama video tersebut.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.

“Saya berpendapat yang sepatutnya dipersalahkan adalah juruhias majlis kerana kedudukan api yang terlalu dekat telah menyebabkan gaun itu terbakar,” komen seorang netizen.

“Pakaian sedemikian lebih sesuai dipakai di kawasan terbuka dan luas,” komen  netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI