fbpx

SHMKM usaha KPDNHEP stabilkan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dalam usaha menstabilkan harga barangan keperluan selain memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, skim tersebut akan berkuat kuasa pada 7 hingga 31 Disember ini melibatkan kawalan harga ke atas 12 item ditetapkan sebagai tindakan serius kerajaan menangani kenaikan harga barang.

“12 item itu adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

“Selain itu telur ayam gred A (berat antara 65 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan telur ayam gred C (berat antara 55 gram hingga 59.9 gram sebiji),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, barangan lain melibatkan sayur-sayuran ialah kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing) dan timun.

“Langkah ini diharapkan berjalan dengan lancar dan membantu menstabilkan harga barang di pasaran.

“Pengumuman harga bagi barangan yang terlibat di setiap peringkat rantaian perniagaan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI