fbpx

PRN Sarawak: Pejuang tidak akan betanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memutuskan untuk tidak bertanding dan terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.

Pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pejuang juga tidak akan terlibat dalam membantu mana-mana parti politik di Sarawak sama seperti dilakukan bagi PRN Melaka baru-baru ini.

“Pejuang tidak akan bertanding di Sarawak dan akan bertanding hanya di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya ketika ditemui pada program pelancaran buku ‘Speaking of Mass Destruction…Perjalanan Ke Iraq, di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI