fbpx

Penganggur ditipu tawaran pekerjaan, wang pendahuluan RM21,280 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Gara-gara terdesak untuk mendapatkan pekerjaan seorang penganggur akhirnya mengalami kerugian RM21,280 apabila ditipu dengan tawaran pekerjaan sambilan di sebuah platform beli-belah atas talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 29 November lalu apabila mangsa berumur 22 tahun dari Bandar Putra di sini tertarik dengan iklan kerja sambilan di Facebook dan berurusan dengan seorang wanita melalui Whatsapp.

“Melalui pekerjaan itu mangsa perlu membuat tangkap layar barang dan menghantar gambar terbabit kepada wanita berkenaan melalui WhatsApp selain perlu membuat bayaran pendahuluan untuk barangan terbabit.

“Mangsa dijanjikan akan menerima semula wang pendahuluan berserta bayaran komisen sebanyak 20 peratus,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, pada permulaan mangsa telah membuat tugasan yang diberikan dan membuat pembayaran sebanyak RM30 sebelum menerima semula wang berkenaan berserta komisen sebanyak RM33.

Katanya, selepas itu mangsa menerima tugasan dan membuat beberapa kali pembayaran pendahuluan berjumlah RM21,280 ke dua akaun berbeza tetapi tidak menerima bayaran semula wang pendahuluan itu termasuk komisen dijanjikan.

“Suspek telah memberi pelbagai alasan menyebabkan mangsa mula curiga dan berasa tertipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini semalam,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI