fbpx

Nafiz Muaz terpaksa tunda nikah sebab masalah kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFIZ dan Diyana sepakat menunda pernikahan mereka pada bulan ini ke Disember depan disebabkan masalah kewangan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nafiz Muaz terpaksa menundakan tarikh pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada bulan ini disebabkan masalah kewangan berikutan tiada tawaran berlakon selama lima bulan sepanjang tempoh Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelakon yang terkenal menerusi drama Semua Salahku itu bagaimanapun bersyukur kerana PKP yang kini memasuki fasa pemulihan telah membuka semula peluang kepada dirinya untuk kembali bekerja.

“Pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan saya tiada tawaran berlakon selama lima bulan.

“Jadi saya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan,” katanya kepada Kosmo!

Pemilik nama Muhd. Nafiz Muaz Mat Nasir, 23, itu membe­ritahu, dia bersyukur kerana pe­rancangannya untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Diyana Omar, 28, yang juga ahli perniagaan tetap diteruskan, namun ditunda pada Disember ini.

“Insya-Allah, ikut peranca­ngan, kami akan bergelar suami isteri pada Disember nanti, tetapi kalau ada masalah pada tarikh itu, ia mungkin ditunda pada Ja­nuari tahun hadapan.

“Saya mohon peminat mendoakan kelancaran majlis kami nanti. Hari bahagia itu memang sudah lama saya nantikan,” katanya.

Jelas Nafiz, dia berazam untuk mengumpul semula wang untuk perbelanjaan perkahwinannya yang akan berlangsung kira-kira empat bulan lagi.

“Saya bersyukur keluarga Diyana amat memahami situasi saya pada ketika ini,” ujarnya.

Berbicara lanjut mengenai bakal isterinya itu, Nafiz ber­syukur kerana dipertemukan de­ngan seorang wanita yang sangat memahami diri dan kerjaya se­ninya.

“Dia banyak memberi soko­ngan moral selain membantu mengubah diri saya menjadi individu yang lebih baik. Saya ya­kin dia akan menjadi isteri yang baik,” katanya.

Terdahulu, kisah cinta pasa­ngan itu bukan lagi rahsia apabila Nafiz kerap memuat naik gambarnya bersama Diyana di dalam akaun Instagramnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI