fbpx

Kes pertama Omicron di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes pertama varian dibimbangi, Omicron direkodkan di Malaysia melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun dari Afrika Selatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu itu merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh yang tiba di negara ini dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang akhbar khas di kementeriannya di sini, hari ini. – FOTO: FAISOL MUSTAFA

Katanya, kes tersebut menjalani ujian RT-PCR Covid-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“Dia menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI