fbpx

Polis bantuan LDP diiktiraf anugerah hero lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (kiri), Nizam (tengah) telah menerima Anugerah Hero Lebuh Raya pada Majlis Anugerah Industri Lebuh Raya 2021 anjuran LLM semalam.

PETALING JAYA – Polis bantuan (PB) Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) mencipta kejayaan tersendiri apabila memenangi Anugerah Hero Lebuh Raya pada Majlis Anugerah Industri Lebuh Raya 2021 anjuran Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) semalam.

Pada majlis berkenaan, Sarjan (PB) Nizam Mohd. Salleh, 54, diiktiraf sebagai Hero Lebuh Raya menerusi kategori Anugerah Hero Lebuh Raya atas dedikasi dan keberanian beliau menjalankan tanggungjawab ketika bertugas.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusoff berkata, Nizam yang merupakan penerima Anugerah Ketua Polis Negara 2018 layak menerima anugerah tersebut kerana tindakan berani beliau menggagalkan cubaan penjenayah meloloskan diri di LDP kira-kira empat tahun lalu.

“Beliau (Nizam) diberi pengiktirafan atas tindakan pantas dan berani beliau menahan penjenayah di Plaza Tol Puchong Selatan pada Disember 2017.

“Beliau turut membantu menahan pemandu kenderaan yang bertindak agresif menyerang pengawal keselamatan di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan,” katanya.

Majlis Anugerah Industri Lebuh Raya 2021 diadakan bagi memberi pengiktirafan dan apresiasi penghargaan kepada penggiat industri lebuh raya Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI