fbpx

6 guru positif, SMJK Hwa Lian Mentakab ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMJK Hwa Lian Mentakab dekat Temerloh ditutup susulan penularan wabak Covid-19.

TEMERLOH – Jangkitan Covid-19 di sekolah terus berlaku apabila Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hwa Lian Mentakab di sini ditutup selama seminggu susulan penularan wabak berkenaan.

Pengerusi Pengelola SMJK Hwa Lian, Datuk Hiang Ah Lee berkata, penutupan sekolah berkenaan dibuat bagi mengelak penularan Covid-19 selepas enam orang guru disahkan positif virus berkenaan.

“Setakat semalam tiada lagi pelajar yang direkodkan positif Covid-19 dan kita meminta mana-mana individu yang bergejala agar melakukan ujian Covid-19 dengan segera.

“Sekolah ditutup selama seminggu sehingga Khamis depan dan sanitasi juga dibuat di seluruh kawasan sekolah,”katanya di sini, hari ini.

SMJKC Hwa Lian yang terletak di Mentakab di sini mempunya lebih 800 orang pelajar yang telah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.

Menurut Ah Lee, dalam tempoh penutupan sekolah kesemua pelajar akan mengikuti kelas melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI