fbpx

Djokovic menyamai rekod Nadal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Djokovic berjaya menewaskan Raonic pada aksi final Terbuka Cincinnati awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic menepati ramalan selepas berjaya menjuarai kejohanan Masters Terbuka Cincinnati selepas menewaskan Milos Raonic di pentas final dengan kemenangan 1-6, 6-3, 6-4 awal pagi semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan Djokovic menjadi pemain pertama yang menjuarai semua sembilan kejohanan bertaraf Mas­ters selain menyamai rekod seteru tradisi, Rafael Nadal yang menang 35 kali kejuaraan berprestij Masters itu.

Kata Djokovic, apa yang dikecapi sehingga kini bukanlah tugas yang mudah dan memerlukan kerja keras tidak kira secara emosi, fizikal dan mental terutama apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah tahun ini.

“Ini adalah detik bersejarah dalam karier saya kerana berjaya mempamerkan aksi tenis terbaik sepanjang tahun ini. Rekod tanpa kalah musim ini sememang­nya memberikan saya keyakinan tambahan untuk tampil cemerlang di pentas final dan memburu lebih banyak gelaran musim ini.

“Bagaimanapun, pujian turut wajar diberikan kepada Raonic yang memberikan tentangan se­ngit buat saya khususnya pada set pertama sehingga menyaksi­kan saya terpaksa melakukan beberapa kesilapan mudah sebelum saya terpaksa mengubah strategi serta gaya permainan untuk menghalangnya pada dua set berikutnya,” katanya.

Sementara itu, Djokovic akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi kejohanan berta­raf Grand Slam pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila dijadualkan bertemu dengan Da­mir Dzumhur pada pusingan pertama esok.

Dalam perkembangan sama, bekas pemain No. 1 dunia, Viktoria Azarenka menjuarai acara perseorangan wanita Terbuka Cin­cinnati dengan mudah selepas lawan di pentas final, Naomi Osaka terpaksa membuat keputusan menarik diri ekoran masalah kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN