fbpx

Acara perarakan Piala Malaysia esok dibatalkan – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

PETALING JAYA – Acara perarakan Piala Malaysia oleh pasukan bola sepak KL City yang dijadualkan berlangsung petang esok sekitar ibu kota dibatalkan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Presiden pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di laman Twitter sebentar tadi.

Menurut Annuar, acara ‘Victory Parade KL City’ tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan penyokong KL City FC.

“Dukacita dimaklumkan, Victory Parade KL City esok terpaksa dibatalkan.

“Kita akur supaya aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal tidak sesuai pada ketika ini.

“Keselamatan dan kesihatan penyokong KL City serta warga kota kita utamakan,” ciap Annuar.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan acara perarakan Piala Malaysia akan dianjurkan di bandar raya esok bagi membolehkan orang ramai melihat lebih dekat piala yang dimenangi oleh Kuala Lumpur (KL City) FC tersebut.

Annuar berkata, acara tersebut adalah susulan kejayaan KL City menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada Final TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI