fbpx

[KEMASKINI] tanah runtuh : Mayat pemandu Alphard dibawa keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba membawa keluar mayat mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27.10 Jalan Simpang Pulai - Blue Valley hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI

Ipoh – Mayat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini dikeluarkan pasukan penyelamat pada pukul 9.55 malam ini.

Identiti lelaki tersebut bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Azmi Osman berkata, mangsa yang dipercayai berasal dari Klang itu dipercayai dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pulau Pinang.

“Setakat ini, hanya seorang mangsa dijumpai dalam MPV berkenaan. Identiti lelaki yang dijumpai pada pukul 9.30 malam itu masih belum dikenal pasti.

“Operasi masih dijalankan bagi membawa keluar mayat pemandu lori yang terperangkap dalam runtuhan,” katanya.

Mayat mangsa berusia dalam lingkungan 50-an itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI