fbpx

TSG dan Sapura kuasai podium di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRWANDIE (kanan) dan Saari Amri (dua dari kiri) menaiki podium pada saingan Jelajah Thailand semalam.

DUA pasukan berbasikal negara, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team (TSC) melakukan kejutan selepas me­nguasai podium saingan Jelajah Thailand semalam.

Pasukan TSG yang meraih penamat podium tempat kedua menerusi Irwandie Lakasek pada saingan pembukaan kelmarin mengekalkan aksi terbaiknya apabila berjaya menamatkan saingan di tempat kedua peringkat kedua Jelajah Thailand.

Irwandie dilihat mengekalkan momentum selepas mengekal kayuhan bertenaga sepanjang 228 kilometer (km) dari Phatthalung ke Songkhla sebelum menuju ke Phatthalung semula.

Bagaimanapun, juara peringkat pertama, Lucas Carstensen dari pasukan Jerman, Bike Aid menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat, sekali gus mengekalkan kejuaraan pe­ringkat kedua dengan catatan 5 jam 19:08 saat (s).

Sementara itu, Mohamad Saari Amri Abd. Rasim yang ber­aksi bersama pasukan TSC turut mencuri tumpuan apabila me­ngakhiri saingan tempat ketiga.

“Syukur dapat selesaikan perlumbaan dengan selamat dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang menampil aksi cukup baik hari ini.

“Tiada rezeki untuk dapat tempat pertama hari ini dan saya akan berusaha pada perlumbaan seterusnya. Selepas ini saya akan melihat apa kelemahan dan perbaiki,” katanya.

Peringkat ketiga hari ini akan bermula dari Phatthalung ke Trang membabitkan laluan sejauh 146km yang dilihat menyajikan saingan sengit terutama di tiga zon pendakian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI