fbpx

Zii Jia selangkah ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA cemerlang apabila melakar kemenangan kedua pada kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir 2021 di Bali, Indonesia semalam.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, meneruskan rentak cemerlang pada kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2021 di Bali, Indonesia apabila melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan B semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali itu, dia yang juga pemenang kejohanan Seluruh England (All England) menewaskan pemain Perancis, Toma Junior Popov 21-13, 21-19.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Zii Jia semakin hampir untuk melangkah ke pentas separuh akhir selepas menang dalam dua perlawanan sebelum membuat perhitungan dengan wakil India, K. Srikanth hari ini.

Meskipun menang ke atas Popov, namun pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu tanpa berselindung mengakui, aksi­nya masih belum cukup bagus apabila melakukan banyak kesilapan mudah pada perlawanan tersebut.

“Secara keseluruhan, agak tidak puas hati dengan aksi di set kedua kerana sedikit terganggu dengan corak permai­nan sendiri selain melakukan banyak kesilapan mudah yang memberi kelebihan kepada pemain lawan.

“Saya fikir itu adalah masalah yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya. Popov turun tanpa sebarang tekanan, jadi dia dapat bermain lebih selesa dan beri tekanan kepada saya,” katanya sebaik tamat perlawanan.

Mengulas pertemuan menentang Srikanth hari ini, Zii Jia sedar dia akan berdepan aksi sukar biarpun pernah menewaskan pemain tersebut pada Terbuka Hylo di Jerman bulan lalu.

“Esok (hari ini) juga akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi saya harap dapat bermain dengan baik. Sebelum ini saya menang straight set ke atasnya, jadi harap boleh ulang pencapaian tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI