fbpx

Amaran ribut petir di 3 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan hujaan lebat berserta ribut petir dijangka melanda beberapa daerah di negeri tersebut sehingga pukul 11 malam ini.

“Keadaan hujan lebat dijangka akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala di Sarawak, keadaan itu diramal berlaku di Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara itu di Sabah, keadaan sama turut dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, dua buah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini selepas hujan lebat berterusan melanda kawasan itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI