fbpx

Petrucci beralih ke ‘litar’ Rali Dakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETRUCCI akan mengambil bahagian dalam saingan Rali Dakar tahun depan selepas hilang tempat dalam perlumbaan MotoGP 2022. – ALESSIO PIANA

LONDON – Selepas kehilangan tempat untuk saingan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) 2022, bekas pelumba Tech 3 KTM Factory Racing, Danilo Petrucci bakal membuat debut bersaing dalam perlumbaan paling mencabar di dunia iaitu Rali Dakar musim depan.

Meskipun tidak meneruskan perlumbaan di MotoGP, namun pelumba Itali tersebut masih kekal bersama KTM dan Tech 3, cumanya kali ini berbeza ‘litar’ iaitu Rali Dakar.

Pelumba berusia 31 tahun itu mengakui, saingan dan cabaran Rali Dakar bukan satu tugas yang mudah selain menggambarkan dia akan bersaing dalam dunia yang berbeza.

“Saya perlu melakukan persiapan mental dan fizikal dengan cukup baik memandangkan perlumbaan Rali Dakar sebenarnya seperti anda bersaing dalam satu dunia yang berlainan.

“Saya telah menjalani latihan selama satu minggu. Menarik­nya apabila saya berlatih dengan menggunakan lebih banyak jentera berbanding di MotoGP

“Segala-galanya baharu buat saya, mujurlah saya mempunyai kemahiran baik menunggang jentera ini.

“Perkara yang perlu saya kuasai ketika ini ialah navigasi. Ia ternyata berbeza berbanding apa saya pelajari sewaktu di MotoGP yang hanya memberikan fokus pada meter jentera.

“Anda bercakap tentang kilometer (km) di Rali Dakar tetapi anda tidak pernah tahu apa yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut. Saya akui sangat teruja dan kita lihat bagaimana nanti,” katanya.

Sebagai rekod, perlumbaan pertama Rali Dakar akan membuka tirainya secara rasmi dari 1 hingga 14 Januari ini dengan saingan melibatkan laluan sepanjang 8,375km. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI