fbpx

Bayi Jahidah dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZARIAH Nordin melihat pakaian untuk bayi Jahidah di Bandar Seri Sendayan di sini.

SEREMBAN – Bayi mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin kini berada dalam keadaan stabil dan pihak hospital telah memberi kebenaran kepada keluarga untuk membawa pulang permata hati itu.

Adiknya, Fazariah Nordin, 38, berkata, berita gembira itu dimaklumkan kakaknya, Fauziah Nordin, 40, setelah menerima panggilan daripada jururawat Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) petang tadi

“Alhamdulillah kakak (Fauziah) baru je WhatsApp sekarang kakak (Fauziah) dekat hospital uruskan bayi belum ada perkembangan lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Fazariah, kakaknya Jahidah kini berada dalam keadaan stabil dan masih berada di bawah pengawasan pihak hospital.

Dalam pada itu, Fazariah memberitahu, keluarga abang iparnya, Rosmaini Abd. Raof tidak pernah menghubungi keluarganya bertanyakan keadaan Jahidah sejak kes kakaknya dipukul hingga koma berlaku.

“Tetapi kami tidak kejam pun, kami masih beritahu suami kakak yang kakak dah melahirkan bayi. Itu hak dia,” katanya lagi.

Jahidah selamat melahirkan bayi tersebut secara pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam, 30 November lalu.

Semalam Kosmo! melaporkan, keluarga berhasrat menamakan bayi itu Jihardy Nasywan yang membawa maksud ‘perjuanganku kegembiraan memperoleh kemenangan’

Nama itu sangat bermakna dan berkaitan dengan episod hitam yang menimpa Jahidah. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI