fbpx

Lelaki letak gam pada mangga kunci pusat vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan seorang lelaki yang meletakkan gam kuat pada mangga kunci pusat vaksinasi menyebabkan lebih 500 individu tidak berjaya divaksin. - Google

LONDON – Tindakan seorang lelaki yang meletakkan gam pada mangga kunci sebuah pusat vaksinasi di Gorleston, England untuk menghalang orang ramai daripada mendapatkan suntikan vaksin menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 12 minggu, lapor laman berita Lad Bible.

Tindakan Hayden Brown, 53,  menyebabkan pekerja-pekerja  pusat vaksinasi itu tidak dapat  membuka premis berkenaan  sekali gus menjadi punca beratus-ratus  individu gagal  mendapatkan dos penggalak seperti yang dijadualkan.

Menurut laporan, beberapa buah kamera keselamatan telah dipasang di lokasi  kejadian dan kawasan sekitarnya selepas dua insiden serupa berlaku sebelum ini.

Brown kemudian ditahan dan semasa perbicaraan di Mahkamah Majistret Norwich minggu ini, dia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan kerosakan jenayah dan menyebabkan gangguan terhadap orang awam.

Lelaki itu juga mengakui memiliki ganja selepas polis menemui dadah itu di kediamannya.

Superitendan Nathan Clarke berkata, seramai 504 individu terkesan akibat perbuatan lelaki tersebut.

“Tindakannya menyebabkan lebih 500 orang gagal mendapatkan suntikan vaksin.

“Sebahagian besar penerima itu adalah warga emas dan ‘kekacauan’ itu telah menyebabkan mereka berasa resah kerana telah terpilih untuk menerima suntikan vaksin, namun gagal mendapatkannya,” kata Clarke. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI