PUTRAJAYA – Sebanyak 5,806 kes baharu Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,644,027.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE