fbpx

Harga barang naik jejas proses pemulihan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) memandang serius isu kenaikan harga barang yang akan menjejaskan proses pemulihan negara.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat yang baru mula menarik nafas lega selepas sektor-sektor ekonomi dibuka semula, kini terbeban dengan masalah kenaikan harga barang yang tentunya menjejaskan kehidupan mereka.

Menurutnya, beliau mengikuti dengan dekat perkembangan semasa berkenaan isu kenaikan harga barang di Malaysia terutamanya barang makanan.

“Data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan meningkat sebanyak 12.3 peratus pada September 2021, berbanding sembilan peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

“Ini akan menyebabkan peningkatan inflasi untuk beberapa bulan akan datang yang tentunya akan membebankan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, MPN telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu tenaga kerja bagi mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian segera yang boleh dipertimbang dan dilaksanakan oleh kerajaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI