fbpx

Remaja digalak sertai program KBS elak kahwin awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

KUALA LUMPUR – Golongan remaja digalakkan supaya terlibat secara aktif dalam pelbagai program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengelakkan mereka daripada berkahwin terlalu awal.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, antara program itu termasuk program anugerah remaja perdana rakan muda, program riben kuning dan program berbentuk kesukarelawanan.

“KBS sangat mengalakkan remaja dan belia negara terlibat secara aktif dalam program anjuran KBS.

“Dengan terlibat dengan program berbentuk pemantapan jati diri, pembinaan karakter serta membangunkan potensi diri, kami (KBS) yakin ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan remaja kahwin awal sekali gus membanteras perkahwinan bawah umur,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI