fbpx

Rosmah boleh dikenakan waran tangkap – panel hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika hadir di Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor boleh dikenakan waran tangkap sekiranya beliau gagal hadir pada prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin depan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah yang memutuskan untuk menahan pengeluaran waran tangkap itu hari ini.

“Kami telah mempertimbangkan cadangan responden agar perayu (Rosmah) dikenakan waran tangkap namun kami juga mengambil kira hujah peguam bela bahawa situasi ini berlaku kerana pembelaan terlepas pandang dalam menasihati perayu berhubung kehadirannya hari ini. Kami juga mengambil maklum bahawa perayu tidak pernah gagal untuk hadir pada perbicaraannya di Mahkamah Tinggi.

“Oleh itu, dengan menggunakan budi bicara kami (mahkamah rayuan) agar waran tangkap terhadap perayu ditahan (withhold) pada peringkat ini dan perayu diberi peluang untuk hadir,” kata Hakim Hanipah.

Dalam prosiding hari ini Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar sambung hujahan rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu.

Bagaimanapun isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak hadir pada prosiding hari ini menyebabkan Sri Ram memohon agar waran tangkap dikeluarkan dan jaminan RM1 juta dibatalkan.

Menurut peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh, anak guamnya itu masih berada di Singapura dan mengakui bahawa ia merupakan satu pelanggaran terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan pada 15 Oktober lalu.

Pada tarikh tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Rosmah untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau melawat anak perempuannya yang bakal melahirkan anak kedua.

Perintah itu antara lain menyatakan, Rosmah perlu pulang ke Malaysia sebelum atau pada 21 November lalu dan pasport perlu diserahkan semula ke mahkamah pada 6 Disember.

Pada 24 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah untuk menggugurkan Sri Ram.

Dalam penghakiman ringkasnya, Mohamed Zaini  berkata pelantikan Sri Ram oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas adalah sah selain tiada keperluan untuk membahaskan isu kesahihan berhubung fiat (surat pelantikan) ylatau pelantikan Timbalan Pendakwa Raya itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI