fbpx

Wanita mengandung terselamat, dua kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua kenderaan yang bertembung dalam kejadian di Jalan UMS, berhampiran pusat beli belah One Borneo awal pagi tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Seorang wanita mengandung antara empat individu terselamat dalam kejadian dua kenderaan bertembung dalam kejadian di Jalan UMS berhampiran pusat beli-belah One Borneo awal pagi tadi.

Bagaimanapun, semua mangsa mengalami kecederaan selepas kereta Perodua Alza dan Proton Gen2 yang dinaiki remuk akibat perlanggaran terbabit dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, wanita mengandung berkenaan adalah mangsa yang berada di dalam kereta jenis Perodua Alza dan mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala seorang lagi penumpang patah kaki.

“Kedua-dua pemandu kenderaan membabitkan lelaki berusia 34 dan 35 tahun turut mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI