CYBERJAYA – Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Putri, di sini disahkan dijangkiti Covid-19.
Perkara itu turut dikongsi Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi.
Malah, Radzi turut berkesempatan meninjau perkembangan kes jangkitan itu di sekolah berkenaan malam ini.
“Saya sudah tiba di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya sekarang ini. Seramai 65 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 disahkan positif Covid-19. Ini merupakan kali pertama SBP kena kes sebanyak ini.
“Doakan dipermudahkan segala urusan. Akan update dari masa ke semasa,” katanya.
Difahamkan, seramai 60 pelajar sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.
Manakala, baki ratusan pelajar masih di asrama menunggu ujian saringan Covid-19 dilakukan kepada mereka. – K! ONLINE