fbpx

Baling objek atas bayi merangkak perbuatan kejam – netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang wanita membaling sebuah objek di atas seorang bayi yang sedang merangkak.

PETALING JAYA – Iblis bertopengkan manusia, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Itulah reaksi pengguna laman sosial apabila melihat satu klip video yang memaparkan tindakan beberapa individu di sebuah pusat taska sedang membuli dan mendera beberapa orang kanak-kanak.

Dipercayai klip video tersebut telah dirakam oleh salah seorang ahli keluarga kanak-kanak yang ditinggal di pusat jagaan terbabit menggunakan kamera yang tersembunyi.

Menerusi klip video berdurasi 44 saat itu, kelihatan seorang wanita telah membaling sebuah objek ke atas seorang bayi yang sedang merangkak.

Tidak dapat dipastikan objek apa yang dibaling wanita terbabit, tetapi perbuatan terbabit jelas mengundang kemarahan netizen yang menonton klip video tersebut.

Sebelum itu, seorang lagi wanita dilihat telah menolak kepala seorang budak lelaki dengan agak kasar.

Difahamkan kejadian terbabit berlaku di sebuah kawasan di sebuah negeri sebelah utara tanah air.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan individu-individu terbabit dan berharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap lejadian itu.

“Apa salah baby itu, kejam dan tidak berperikemanusiaan, harap pihak berkuasa ambil tindakan segera,” tulis Cik Diah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Minah Tawang.

“Ini bukan manusia, tetapi iblis bertopengkan manusia, dapat tahu kat mana bolehla pihak berkuasa serbu,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI