fbpx

Carrick kemudi United layan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARRICK akan terus memangku tugas mengemudi United selepas Rangnick belum tiba di Old Trafford kerana perlu menyelesaikan proses dokumentasi dan permit kerja. – AGENSI

MANCHESTER – Pengurus sementara Manchester United, ­Michael Carrick akan terus mengemudi pasukan itu pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal di Old Trafford awal pagi esok.

Dalam dua aksi terdahulu, Carrick menunjukkan prestasi cukup baik apabila menang 2-0 ke atas Villarreal dalam saingan Liga Juara-Juara selain seri 1-1 menentang Chelsea Isnin lalu.

Beliau terpaksa meneruskan tugas sebagai pengurus sementara memandangkan pengendali baharu, Ralf Rangnick masih belum tiba di Old Trafford kerana perlu menyelesaikan proses dokumentasi dan permit kerja.

Justeru, penyokong-penyokong The Red Devils perlu menunggu lebih lama untuk menyaksikan kelibat pengurus baharu mereka yang dijangka menerapkan DNA Jerman dalam corak permainan United.

Selain itu, United juga meng­hadapi dilema menjelang perlawanan awal pagi esok memandangkan pemain pertahanan, Raphael Varane terpaksa diketepikan kerana masih me­ngalami kecederaan.

Pada masa sama, situasi pemain tengah, Paul Pogba dan bek kiri, Luke Shaw juga tidak menentu akibat kecederaan, namun keadaan mereka akan dipantau sehingga sebelum perlawanan bermula.

“Luke (Shaw) ada mengalami kecederaan pada kepalanya ketika bertemu Watford. Kami sedang memantau perkembangannya dan segala keputusan hanya akan dibuat sebelum sepak mula dilakukan,” kata Carrick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI