fbpx

Mora akui skuad Harimau Selatan ‘patah taring’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA terpaksa akur skuad JDT bimbingannya tewas 0-2 kepada KL City pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui kekalahan mengejut 0-2 kepada Kuala Lumpur City (KL City) pada pentas final Piala Malaysia membuktikan bahawa mereka tidaklah sekebal yang disangka selain menjangkakan saingan kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan lebih terbuka.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora mengakui pasukannya ­telah beraksi seperti ‘patah ta­ring’ sepanjang 90 minit perlawanan dengan membuka ruang dan peluang buat pasukan lawan melakar kemenangan sehingga berjaya merobek gawang pasukan sebanyak dua kali di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Kata Mora, kekalahan kepada KL City sudah tentu akan menjanjikan persaingan sengit khusus­nya kempen Liga M musim depan tetapi pada masa sama anak-anak buahnya turut akan ‘membuka mata’ agar tampil lebih bertenaga selepas ini.

“Kekalahan kepada KL City saya anggap telah mengejutkan barisan pemain kami bahawa pasukan tidak kebal dan perlu tampil lebih serius jika berhasrat untuk menjulang trofi pada tahun depan.

“Malah, harus saya akui bahawa JDT tidak sempurna dan masih ada ruang untuk diperbaiki pada masa akan datang. Pada masa sama, saya percaya pasukan masih mengharungi musim yang baik kerana kita berjaya menjulang dua trofi tahun ini.

“Secara keseluruhan, saya percaya saingan Liga M akan lebih menarik dan kompetitif kerana kami sememangnya mahu ada pasukan yang boleh memberi cabaran seperti ini,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan dianggap sebagai pasukan elit No.1 di negara ini selepas menjulang 18 trofi secara keseluruhan sejak ditubuhkan pada tahun 2013 dengan kejayaan menjulang saingan Liga Super lapan kali berturut-turut.

Dalam perkembangan sama, Mora turut mengakui tidak risau dengan masa depannya selepas gagal membantu pasukan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-100 tahun yang dimenangi pada edisi 2019.

Kata Mora, kekalahan tersebut sudah tentu mengejutkan kembali skuad Harimau Selatan ke dunia realiti tetapi persoalan mengenai keputusan sama ada masih kekal membimbing pasukan hanya boleh diputuskan pe­ngurusan tertinggi JDT.

“Mungkin (bakal hilang jawatan), tetapi saya bukan orang yang buat keputusan tersebut. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pengurusan dan pemain serta sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk JDT.

“Jika pihak pengurusan atau TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) berpendapat itulah penyelesaiannya, mereka akan maklumkan kepada saya, tetapi buat masa ini kami dalam keadaan sukar, kami okey, kami baik dan selepas ini kami akan mengkaji semula keadaan bila tiba masa­nya,” katanya.

Pada aksi yang disaksikan oleh lebih 20,000 penyokong itu, ­pa­sukan JDT terpaksa akur dengan kekebalan benteng skuad Warga Kota yang turut bijak melakukan serangan balas pantas sehingga berjaya meledak dua gol hasil ­ja­ringan Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan Paulo ­Josue (m-74).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI