fbpx

Pantun Sanusi bikin panas tapi mencuit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANUSI tumpang gembira dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan KL City yang menjulang Piala Malaysia edisi ke-100 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.

TIDAK hanya di media sosial, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut membawa jenaka mengenai kekalahan JDT pada final Piala Malaysia kepada KL City kelmarin ke bumi Mesir.

Ketika bercakap dalam Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Kedah dan Delegasi Kerajaan Negeri bersama Anak-Anak Kedah di Mesir yang disiarkan secara maya semalam, Muhammad Sanusi memulakan ucapannya dengan serangkap pantun.

“Dari Kedah ke Singapura, singgah ke KL membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah main bola.

“Kan semua orang seronok kalau JDT kalah. Kalau JDT menang, semua orang tak hairan pun,” katanya mengundang gelak ketawa para hadirin.

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Page Rasmi Majlis Kebajikan Keluarga Kedah dan dikongsikan di laman Facebook rasmi Menteri Besar itu semalam.

Terdahulu di laman Facebooknya, Muhammad Sanusi turut mengucapkan tahniah kepada KL City atas kejayaan kelab itu menjulang Piala Malaysia selain menumpang rasa gembira atas kejayaan tersebut.

Melalui satu lagi status yang dimuat naik tidak lama selepas itu, Muhammad Sanusi turut meminta gambar harimau berjalan tersipu-sipu yang turut disertakan dengan emoji ketawa.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, beliau mengharapkan supaya anak-anak Kedah yang menuntut ilmu di Mesir agar tidak membawa diri terlalu jauh selepas tamat belajar.

Menurutnya, beliau amat mengharapkan agar anak-anak Kedah itu dapat kembali dan duduk di Kedah dan kerajaan negeri akan berusaha menyediakan peluang pekerjaan yang baik buat mereka.

“Janganlah tuan-tuan semua bercita-cita hendak mengorat anak dara Johor, kahwin orang Johor dan duduk di Johor. Habislah orang Kedah.

“Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) belanja berpuluh juta untuk menghantar tuan-tuan mengaji di sini, dah jadi orang hebat, balik dan berkhidmatlah di Kedah. Insya Allah ya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI