fbpx

Malaysia berputih mata ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMOTHEE Clement (tengah) meledak hatrik buat Perancis menewaskan Malaysia 3-0 pada suku akhir Piala Dunia Hoki Remaja di Stadium Kalinga sebentar tadi. - FIH

KUALA LUMPUR – Skuad projek hoki lelaki kebangsaan gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala Dunia Hoki Remaja 2021 selepas tewas 0-4 kepada Perancis di Stadium Kalinga, India sebentar tadi.

Malaysia terpaksa menelan hakikat perit itu selepas membenarkan Perancis meledak tiga gol yang kesemuanya diperoleh menerusi pukulan sudut penalti dalam aksi suku akhir tersebut.

Kapten Perancis, Timothee Clement membuktikan kehebatan sebagai penjaring kedua terbanyak kejohanan apabila meledak dua gol pada minit ke-14 dan 24 selain satu daripada Mathis Clement pada minit ke-31.

Anak-anak buah Wallace Tan cuba bangkit dalam perlawanan itu tetapi gagal untuk memecahkan benteng pertahanan Perancis selain kecekapan penjaga gol naib juara edisi 2013 itu, Guillaume De Vaucelles.

Sebaliknya, Perancis yang lebih bersemangat untuk menambah jaringan selepas memperoleh 11 pukulan sudut penalti berbanding hanya lima dimiliki skuad negara sepanjang perlawanan itu.

Hasilnya, Perancis berjaya menutup perlawanan itu dengan gol keempat menerusi ledakan hatrik Timothee Clement pada minit ke-60.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia akan berdepan Belanda pada Jumaat ini untuk penentuan tempat kelima hingga lapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI