fbpx

Penjawat awam digalak pakai pakaian batik Malaysia setiap Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemakaian batik Malaysia juga digalakkan bagi pegawai yang menghadiri majlis rasmi di dalam dan luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan dengan pelawat asing.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggalakkan setiap penjawat awam di negara ini memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis berdasarkan surat pekeliling terbaharu dikeluarkan hari ini.

Dasar baharu itu dibuat berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, hari ini.

Ketetapan baharu itu dibuat selepas pindaan dibuat terhadap perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.

Menurut pekeliling itu, pemakaian batik Malaysia juga digalakkan bagi pegawai yang menghadiri majlis rasmi di dalam dan luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan dengan pelawat asing.

“Bagaimanapun, ketetapan itu tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang telah ditetapkan kod pakaian tertentu.

“Pemakaian pakaian batik Malaysia adalah suatu identiti yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, bagi menyokong pembangunan dan memartabatkan batik Malaysia, kerajaan menghendaki agar pegawai memakai pakaian batik Malaysia mengikut ketetapan tertentu sejak tahun 1985.

“Pemakaian pakaian batik Malaysia dalam kalangan pegawai perlu diberi perhatian bagi memastikan batik yang dipakai adalah batik Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI