fbpx

Barangan terpakai semakin popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna memilih barangan terpakai bukan sahaja untuk berjimat tetapi juga dapat mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari.

PETALING JAYA – Aspek praktikal dan gangguan akibat pandemik telah membuka laluan kepada kadar penerimaan yang lebih baik bagi barangan terpakai di Malaysia, menurut Laporan Indeks Perdagangan Semula (Recommerce) Carousell 2021 yang diterbitkan baru-baru ini.

Pertumbuhan tersebut me­rentasi kategori fesyen, peralatan elektronik dan kenderaan.
Pengurus Negara (Malaysia) Carousell, Tang Siew Wai berkata, pihaknya sentiasa menyasarkan untuk memberi nafas baharu kepada barangan yang jarang digunakan, sebagai satu cara mengurangkan pembaziran dan membantu komuniti mendapatkan lebih nilai kewangan.

“Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, pandemik telah mengubah tingkah laku biasa pengguna dan Laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell adalah ‘buku laporan’ yang tepat untuk menjelaskan kedudukan kita sekarang.

“Ia juga memberi isyarat bagaimana kita boleh menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan pertama dalam usaha untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari dan menyokong ekonomi sekeliling,” katanya dalam satu kenyataan.

Gambar hiasan

Laporan tersebut merangkumi penemuan daripada empat jenama Carousell Group iaitu Carousell, Cho Tot, Mudah.my dan OneKyat merentasi lapan pasaran termasuk Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Taiwan dan Vietnam.

Platform berkenaan melibatkan lebih 3,000 pembeli dan penjual.

Di Malaysia, hampir lapan da­ripada 10 responden pernah membeli barangan terpakai, de­ngan kecenderungan tinggi untuk membeli peralatan fotografi dan elektronik seperti komputer, te­lefon bimbit dan tablet (46 pe­ratus).

Kategori dengan jualan terbanyak pula adalah peralatan isi rumah dan perabot (48 peratus), dengan ribuan barangan menuju ke kediaman baharu dan bukannya ke tapak pembuangan sampah.

Ini akan membolehkan penjual menjana pendapatan, manakala pembeli beroleh lebih nilai untuk wang mereka.

Sementara itu, Pengasas Bersama Carousell Group, Lucas Ngoo berkata, sebagai pelopor transaksi jual beli mudah alih di rantau ini, Kumpulan sentiasa berusaha untuk mengurangkan halangan dan membolehkan proses jual beli berjalan dengan selamat dan lancar.

“Perdagangan semula akan membantu menyelesaikan ma­salah penggunaan berlebihan dan seterusnya menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan pertama pengguna,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI