fbpx

KKM tangguh kemasukan bukan warganegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) dengan persetujuan kerajaan memutuskan penangguhan sementara kemasukan bukan warganegara ke Malaysia berikutan penularan varian baharu Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata perkara itu diputuskan selepas pembentangan cadangan pencegahan varian Omicron dalam Mesyuarat Khas Covid-19 pada Selasa lalu.

“Penularan varian ini melibatkan 20 buah negara dan ia boleh merebak jauh lebih cepat daripada varian sebelumnya.

“Oleh itu, KKM memutuskan untuk mengenakan sekatan perjalanan sementara ke atas bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari negara yang dianggap berisiko tinggi penyebaran Omicron selain mereka yang pernah ke negara yang sama bagi tempoh 14 hari sebelumnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Khairy, KKM telah menyenaraikan lapan buah negara yang terjejas akibat varian Omicron adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

“Sekatan itu juga akan dikenakan kepada pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara terlibat,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang tidak dihalang, namun mereka dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari semasa ketibaan dari luar negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI